Testimoni

Nurul Shamilla

“Semua kerjaya, ilmu dan pelajaran yang saya peroleh bermula apabila saya belajar di kolej PBH. Kolej PBH telah memberi peluang yang cerah untuk masa depan saya. Melalui kolej ini saya dapat mempelajari asas dalam bidang pengurusan yang dulunya saya zero tidak tahu apa itu pengurusan. Sekarang sudah 2 tahun saya bekerja dalam bidang pejabat. Saya mampu menyara kehidupan keluarga saya. Banyak pengalaman yang saya peroleh melalui kolej ini. Saya ingin mngucapkan terima kasih kepada kolej kerana membuka peluang utuk saya belajar di sini. Kini matlamat saya telah TERCAPAI ANDA BILA LAGI???  ”

WeChat ID : nurulshamilla

Nur Azyra Zafarullah Khan

“Dimulakan dengan bismillah.. Saya sebagai pelajar Kolej PBH yang telah menamatkan pengajian Januari lalu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kolej. Kolej ini telah banyak memberi dorongan kepada saya ke arah kejayaan. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan kerana dapat belajar bersama-sama rakan-rakan. Alhamdulilah saya sekarang menyambung pengajian dalam bidang Diploma Perniagaan di kolej ini. Saya doakan agar pelajar lepasan kolej ini akan menjadi contoh kepada pelajar yang lain. Akhir kata, “kejayaan” anda di tangan anda cuma nak @ tak nak. Kejayaan saya bermula di sini. Saya doakan agar ramai lagi belia yang akan berjaya seperti saya ”

Wechat ID : Azyra786

Sukanya

“Yuran yang berpatutan, jaminan pekerjaan, lokasi yang startegik & sijil yang diiktiraf menjadi sebab utama saya memilih menyambung pengajian di Kolej PBH. Walaupun saya gagal ke IPTA, saya tetap berpuas hati kerana masih dapat belajar dan bekerja”

Wechat ID : Sai_baba22

Nur Masitah Ismail

“Kolej PBH telah memberi peluang di dalam mencapai karier yang diimpikan oleh saya. Hanya dengan satu langkah perubahan, kini saya telah mencapai matlamat yang diimpikan di dalam bidang kerjaya saya. Terima kasih Kolej PBH”

012-4241756

Muhamed Ashraf Shamsil Azhar

“Sebagai pelajar di Kolej PBH, saya belajar erti berdikari dan belajar bergaul dengan ramai orang, cara belajar sangat berbeza jika dibandingkan ketika sekolah. Di sini kita terpaksa berdikari atau erti kata lain mengejar pensyarah dan bukan nya “spoon feeding”. Suasana pembelajaran agak berbeza kerana kelas yang fleksibel dan hanya belajar pada hari minggu. Saya suka belajar di sini”

Wechat ID : mrsmoke78

Nuraqidah Binti Mohd Yusoff

“Kolej PBH membantu dalam bidang pengurusan. Program-program yang dijalankan oleh Kolej PBH membangkitkan semangat untuk terus maju ke hadapan. Pensyarah banyak memberi kata semangat kepada saya untuk menjadi seorang insan yang berguna dan telah membantu saya mendapatkan kerja yang bagus. Sekarang saya bekerja sebagai seorang Customer Service Coordinator di DB Schenker hampir setahun”

Wechat ID : nuraqidahyusoff

Nurul Fatihah Binti Che Rosslan

“Saya mempunyai pengalaman sebagai seorang operator kilang. Dengan tekad untuk mengubah masa depan saya, saya telah mendaftar di Kolej PBH, alhamdulilah sekarang saya sudah menjawat jawatan sebagai Kerani Admin di Smart Global Security Service. Jom sertai saya anda mampu berubah seperti saya”

WeChat ID : fatiyafatiya93

Mohamad Harits Bin Idrus

“Sekarang saya melanjutkan pelajaran di Kolej ini dalam bidang Diploma Perniagaan. Kelas pada setiap hujung minggu tidak menggangu pelajaran saya. Saya sangat gembira kerana sambil belajar saya juga bekerja di Armstrong Auto Part Perai dan kini saya berjaya memiliki motosikal LC dengan titik peluh saya sendiri. Terima kasih kolej kerana membuka peluang pekerjaan kepada saya”

Wechat ID : harits_perfect

Norainaa Fatihah Bt Ismail

“Walaupun saya masih muda, namun saya telah mempunyai pengalaman dalam bidang perkeranian selama 2 tahun. Ini semua berkat bantuan Kolej PBH kerana telah membuka peluang pekerjaan pada saya. Walaupun Kolej PBH tidak terkenal seperti kolej lain, namun Kolej ini mempunyai rangkaian  majikan yang ramai. Luv u Kolej”

Wechat ID : ainalie

Siti Nuratiqah Bt Ab Jalil

“Kolej PBH telah membantu saya dalam mencari peluang pekerjaan dalam bidang pejabat, sekarang saya mampu memiliki sebuah kereta pada usia yang masih muda. Terima kasih kolej”

Wechat ID : Sakinah Mawaddah

Mohamad Shairwan B Omar

“Saya telah bekerja selama 3 tahun dalam bidang pejabat dan telah berpeluang ke luar negara atas urusan kerja. Walaupun baru berusia 21 tahun, saya telah mampu memiliki aset saya sendiri dan saya sangat berterima kasih kepada Kolej PBH kerana memperkenalkan program ini”

Wechat ID : CekwanOmar

Muhammad Hafizul Bin Ahmad Parudi

“Walaupun keputusan SPM saya agak kurang baik namun dengan bantuan Kolej PBH sekarang saya sudah mendapat pekerjaan yang baik dan mampu menampung perbelanjaan keluarga saya”

Wechat ID : hhafizul_1994

Muhammad Amirul B Abdullah

“Dengan Program Belajar Sambil Bekerja di Kolej PBH, saya telah mula bekerja seawal usia 18 tahun di Sunshine Wholesale, Bayan Baru dengan pendapatan yang memuaskan. Walaupun muda saya mempunyai pengalaman kerja yang lebih luas jika dibandingkan rakan seusia. Program ini sangat membantu dalam peningkatan diri dan kerjaya saya”

Wechat ID : myrul_solley

Nor Farihah Bt Nordin

“Walaupun saya tidak mempunyai asas dalam bidang perakaunan namun, dengan pembelajaran yang efektif di Kolej PBH, kini saya menjawat jawatan sebagai Kerani Akaun di Syarikat Lucky Frozen, Bayan Baru, Penang. Terima kasih Kolej PBH kerana telah membuka peluang pekerjaan kepada saya”

Wechat ID : farihahnordin

Tharshini

“Saya dari Sungai Petani telah datang belajar di sini untuk mengambil sijil dalam bidang pengurusan pejabat. Saya bekerja di Suntech, Bayan Baru, Penang sebagai Kerani Akaun. Walaupun saya jauh dari keluarga tapi saya mendapat pengalaman yang cukup berharga. Saya juga dapat membantu perbelanjaan adik-adik saya. Thanks Kolej”

Nurul Nadia Bt Roslan

“Menjadi kebanggaan bagi saya kerana pernah menjadi sebahagian dari sebuah kolej kemahiran yang memiliki visi dan komitmen yang kuat untuk sama-sama membangunkan bangsa melalui pengembangan ilmu dan pengetahuan. Semoga PBH dapat menjadi yang terbaik dalam proses mencipta kualiti pekerja yang lebih baik lagi”

Wechat ID : diyanadanadia

Shafwan Abu Bakar Bin Shahul Hameed Halim

“Pertama sekali, saya berasa amat bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian sebagai pelajar Kolej PBH pada awal Januari yang lalu. Banyak pengalaman yang diperoleh dan dipelajari. Pengalaman paling menarik apabila dapat berkenalan dengan ramai kawan dari bermacam-macam negeri dan pensyarah yang “steady”. Cara belajar sangat memaksa kami untuk berusaha menjadi yang terbaik. Tiada lagi istilah ‘cikgu suap’. Suasana belajar memang terbaik kerana sangat berbeza berbanding zaman persekolahan kerana saya bukan seorang yang terlalu disiplin. Terima Kasih Kolej PBH

Wechat ID : shafwanshahulhameed

Erlinda Sharmeeza

Suasana pembelajaran yang ‘sempoi’ menjadikan saya rasa lebih seronok untuk belajar di Kolej PBH. Dari segi kemudahan pula, semuanya telah tersedia. Terpulang kepada diri kita sendiri untuk berusaha jika nak berjaya. Para pensyarah juga banyak membantu pelajar. Mereka sangat prihatin dengan tahap kefahaman dan masalah pembelajaran yang kami hadapi. Saya doakan agar pelajar lepasan Kolej Pembangunan Belia Harapan akan menjadi contoh tauladan kepada pelajar-pelajar lain. Love u Kolej PBH”

Wechat ID : Lynda-Mirza