Tentang Kami

MAKLUMAT KOLEJ PBH 

PENGENALAN

Kolej PBH, merupakan sebuah pusat latihan bertauliah yang menawarkan program pendidikan, latihan industri/ latihan teknologi maklumat, pembangunan sumber manusia dan juga seminar di dalam pelbagai aspek pengurusan; di mana ianya selaras dengan permintaan pasaran guna tenaga yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Sehingga kini, lebih daripada 5000 orang pelatih telah berjaya menamatkan latihan di PBH. Ini merupakan pencapaian yang sangat bermakna dan membanggakan PBH.

Ibu pejabat PBH  di Pulau Pinang terletak di 21 A, Lorong Mayang Pasir 5, Taman Sri Tunas, 11950 Bayan Baru, Penang. Kolej PBH mempunyai cawangan di Seberang Perai di alamat 12, Tingkat 2, Jalan Todak 3, Bandar Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang

Objektif penubuhan PBH ini adalah untuk melahirkan generasi yang berwawasan sejajar dengan matlamat wawasan 2020. PBH juga berperanan di dalam melahirkan generasi yang berwawasan dan juga melahirkan graduan yang memenuhi permintaan pasaran pekerjaan semasa. Program pendidikan yang berteraskan teori dan aplikasi diselaraskan bagi memenuhi keperluan dalam sektor perindustrian, perkhidmatan dan pentadbiran. Aspek kemahiran yang bersifat teknikal  amat penting bagi mewujudkan tenaga kerja mahir dan terlatih dalam bidang-bidang tertentu. Sesebuah organisasi boleh mengambil pekerja yang pempunyai kemahiran tertentu dan meningkatkan produktiviti melalui perlaksanaan program pendidikan yang berterusan dan pihak PBH bersedia untuk membantu!

MATLAMAT PBH

Pendidikan adalah kunci untuk meningkatkan modal pemikiran intelek kepada generasi muda, oleh itu kami dapat melahirkan tenaga kerja yang bukan sahaja mempunyai kemahiran dari segi vokasional tetapi juga kemahiran berfikir untuk bersaing di dalam persekitaran globalisasi semasa. Selain itu, melatih dan melahirkan tenaga kerja yang mempunyai daya saing yang tinggi dan berkualiti bagi menyumbang tenaga  dalam sektor industri dan meningkatkan produktiviti organisasi.

OBJEKTIF PBH

  1. Melatih dan melahirkan generasi yang dinamik dan bersedia menghadapi apa jua cabaran.
  2. Menjadikan kursus kemahiran yang diambil sebagai bidang kerjaya yang terjamin.
  3. Menyediakan dan melengkapkan pelatih dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memantapkan diri dalam kerjaya atau meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
  4. Mewujudkan tenaga kerja yang berkualiti dan mempunyai kemahiran yang tinggi.
  5. Memastikan pelatih PBH manjadi tenaga kerja berkualiti dan bersesuaian dengan permintaan industri.
  6. Memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan pihak swasta ke arah memperluaskan peluang latihan praktikal/ latihan industri.
  7. Melahirkan usahawan belia dalam bidang kemahiran.

PERANCANGAN PBH

  1. Mewujudkan lebih banyak program kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi. Contohnya Program Pengurusan Sistem Maklumat & Pentadbiran Am. Program Usains – Milik Penuh oleh Universiti Sains Malaysia.
  2. Mewujudkan lebih banyak peluang latihan kemahiran dengan mempelbagaikan program latihan kemahiran bersesuaian dengan keperluan industri.
  3. Menjadi salah sebuah pusat pengajian MLVK yang terbaik di peringkat kebangsaan.
  4. Mencapai ISO 9002.
  5. Mencapai taraf institut pengajian tinggi kemahiran 2020.
  6. Meningkatkan jumlah tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman bagi menghasilkan pelatih yang berkualiti.