Skim Latihan Pekerja

Skim Latihan Pekerja Yang Dihentikan Kerja & Penganggur – Di bawah Program Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)

Kandungan Kursus

Kursus yang ditawarkan ialah Pengurusan Sistem Maklumat (Information System Administration) dan QuickUse Accounting. Kursus ini dijalankan selama tempoh 3 bulan. Ia ditawarkan kepada pekerja yang diberhentikan oleh majikan. Pelatih akan diberi elaun  setiap bulan sepanjang mengikuti kursus ini. Kandungan kursus yang ditawarkan merangkumi topik berkaitan dokumen-dokumen organisasi, penggunaan peralatan pejabat, program asas komputer, pengoperasian komputer atau sistem maklumat dan perisian perakaunan. Kursus ini melibatkan program sepenuh masa.

Persijilan 

Pelatih-pelatih yang trampil (berjaya ) akan dianugerahkan Sijil Kemahiran daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)