Sistem Latihan Dual National ( SLDN )

Program Latihan Kemahiran – Sistem Latihan Dual National ( SLDN ) dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

 Latihan Kemahiran ini merupakan laluan kerjaya alternatif yang dapat memberi jaminan masa depan yang lebih luas. Pihak Kolej memberi latihan teori kepada para perantis mengikut bidang masing-masing. Modul kursus adalah seperti berikut :

    1. D-060-2 / 3 : Penyelia Tadbir Sistem Maklumat
    2. M-047-2 / 3 : Eksekutif Insuran Hayat
    3. D-300-2 / 3 : ICT System Security and Application Technician

Modul kursus adalah berasaskan “National  Occupational Skill Standard” (NOSS) yang digubal oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) mengikut keperluan industri negara. Penilaian kursus adalah berdasarkah sistem ketrampilan dan keputusan peperiksaan akhir. Keutamaan penilaian berdasarkan kemampuan pelatih menamatkan latihan dalam bidang yang diceburi mengikut tahap yang  telah ditetapkan.

Persijilan 

Pelatih-pelatih yang trampil (berjaya) akan dianugerahkan Sijil Kemahiran daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran