Program Usains

Program Usains – Milik Penuh oleh Universiti Sains Malaysia

Program atau kursus yang ditawarkan adalah  Pengurusan Sistem Maklumat dan Pentabiran Am (Peringkat Sijil). Sijil ditauliahkan oleh Universiti Sains Malaysia. Tempoh kursus ialah 15 bulan (9 bulan latihan secara teori dan 6 bulan belajar sambil bekerja ).

Kandungan Kursus

Kursus Pengurusan Sistem Maklumat dan Pentadbiran Am ini merupakan satu kursus yang menggunakan aplikasi Sistem Maklumat dan Teknologi bagi melaksanakan proses pentadbiran dan perkeranian dalam sesebuah organisasi. Antara kandungan yang akan dipelajari oleh pelatih-pelatih ialah:

  1. Menyimpan rekod mengenai maklumat organisasi dengan menggunakan aplikasi sistem maklumat.
  2. Melaksanakan proses menaip dalam menyediakan penyata akaun, dan jadual borang dokumen menggunakan aplikasi pemprosesan data dan aplikasi helaian kerja.
  3. Melaksanakan penghantaran mel dan faksimili dengan menggunakan peralatan elektronik
  4. Merekodkan transaksi perakaunan.
  5. Memastikan maklumat direkod dan dikemaskini.
  6. Mengendalikan peralatan asas komputer seperti perkakasan, perisian, mesin faksimili, pencetak dan peralatan telekomunikasi lain.
  7. Menyelaraskan penyelenggaraan bangunan, peralatan dalam pejabat dan membaik pulih peralatan.
  8. Mengemaskini jadual kerja dan menguruskan urusan temujanji

Konsep Latihan

PBH menjalankan konsep latihan bersepadu (Integrated Approach). Ianya melibatkan penggabungan kesemua komponen latihan dan ia dijalankan secara serentak.

Komponen latihan yang dilaksanakan:

  1. Latihan Kemahiran Teori dan Praktikal
  2. Latihan disiplin dan Rundingan (Kaunseling)
  3. Kepimpinan dan ketatanegaraan
  4. Keagamaan, kerohanian dan perkembangan sahsiah
  5. Pendidikan keusahawanan.
  6. Sukan, rekreasi kecergasan dan keceriaan