Program Latihan Industri

Program Latihan Industri / Attachment Scheme.

Kursus yang ditawarkan ialah Pengurusan Sistem Maklumat Dan Pentadbiran Am. Program ini adalah  usahasama di antara pihak majikan dan juga pihak Usains. Sijil ditauliahkan oleh pihak Usains (milik penuh oleh Universiti Sains Malaysia). Tempoh kursus ialah 15 bulan (3 bulan latihan intensif dan 12 bulan latihan secara teori dan latihan industri ).

PBH menawarkan kursus Attachment atau dikenali sebagai Belajar Sambil Bekerja kepada pelatih. Di mana objektif program ini adalah untuk memberi laluan atau alternatif kepada para pelatih untuk mendapat peluang pekerjaan pejabat yang terjamin.

Pembahagian matapelajaran terbahagi kepada dua bahagian iaitu major dan minor. Bagi matapelajaran major, ia merangkumi Pengurusan, Pentadbiran Am dan Komputer. Manakala bagi matepelajaran minor yang perlu dipelajari ialah Perakaunan, Bahasa Inggeris dan juga Keusahawanan.

Kandungan kursus bagi matapelajaran major

  1. Mengurus peralalatan dan persekitaran pejabat.
  2. Mengekalkan sistem perfailan.
  3. Mengurus maklumat perniagaan
  4. Melaksanakan fungsi pentadbiran
  5. Mengekalkan sistem perfailan elektronik.
  6. Mengurus dokumen elektronik.
  7. Menangani masalah serta rungutan pelanggan.
  8. Bekerjasama dengan mana-mana bahagian dalam pentadbiran.
  9. Melaksanakan operasi komputer
  10. Mengurus bagi pengekalan sistem maklumat.

Kandungan kursus bagi matapelajaran minor

  1. Perakaunan – Pembelajaran perakaunan. Menjalankan pengiraan perakaunan dengan menggunakan sistem khas-Quick Use Application System.
  2. Bahasa Inggeris – Tatabahasa, Perbualan, Kemahiran menulis.
  3. Keusahawanan – Pembelajaran mengenai keusahawanan.

Konsep Latihan

PBH menjalankan konsep latihan bersepadu (Integrated Approach). Ianya melibatkan pengabungan kesemua komponen latihan dan ia dijalankan secara serentak.

Bagi 3 bulan pertama, pelatih dikehendaki untuk menjalani latihan intensif . Tujuan latihan intensif adalah untuk  mendedahkan pelatih di dalam kemahiran dan pengetahuan teknologi maklumat dan juga penguasaan bahasa inggeris. Ini adalah untuk menyiapkan diri para pelatih sebelum berkhidmat atau menjalani latihan industri selama 12 bulan di tempat majikan; di mana majikan- majikan ini akan dicari oleh pihak PBH untuk pelatih- pelatih.

PBH mempunyai ramai pelatih yang mencari tempat di syarikat-syarikat atau kilang-kilang untuk menjalani latihan industri bagi menimba pengalaman yang berkaitan dengan kursus yang diambil. Secara amnya kursus ini berkaitan dengan kerja- kerja pentadbiran dan pengurusan pejabat.

Antara jawatan- jawatan yang biasanya ditawarkan kepada para pelatih/ sesuai untuk para pelatih adalah seperti:

  1. Pembantu Sumber Manusia
  2. Pembantu Pengurusan
  3. Pembantu Pentadbiran
  4. Pembantu Teknologi Maklumat
  5. Kerani Perakaunan & Kewangan
  6. Pembantu Bahagian Gudang
  7. Penganalisa
  8. Penyelia Jualan
  9. Penyambut Tetamu
  10. Kerani Kemasukan Data
  11. Kerani Operasi
  12. Kerani Belian
  13. Kerani Inventori
  14. Kerani Am, dan lain- lain jawatan yang berkaitan.

Kebanyakan pelatih adalah lepasan SPM dan STPM, yang mana mereka mempunyai kemahiran mengendalikan komputer peribadi dan juga kerja-kerja pentadbiran. Kebiasaannya para pelatih akan diberi elaun di antara RM500.00 oleh syarikat / majikan yang mengambil mereka sebagai pelatih industri

Komponen latihan yang dilaksanakan:

1. Latihan Kemahiran Teori dan Praktikal

2. Latihan disiplin dan Rundingan (Kaunseling)

3. Kepimpinan dan ketatanegaraan

4. Keagamaan, kerohanian dan perkembangan sahsiah

5. Pendidikan keusahawanan.

6. Sukan, rekreasi kecergasan dan keceriaan

Pihak PBH merasakan bahawa dengan penempatan pelatih- pelatih ini di syarikat-syarikat / organisasi, akan memberikan kebaikan tambahan kepada sumber manusia di syarikat-syarikat/ organisasi tersebut. Selain itu syarikat-syarikat / organisasi juga akan mendapat peluang untuk mengenalpasti pelatih sebagai pekerja yang berpotensi untuk diserap masuk sebagai pekerja tetap.

.