Pencapaian PBH

Sehingga kini, PBH telah mencipta kejayaan tersendiri antaranya ialah:

  1. Berjaya melahirkan graduan yang berkemahiran dan berketrampilan bagi memenuhi prospek pekerjaan dalam pelbagai bidang.
  2. Mengekalkan reputasi sebagai sebuah Institut Kemahiran terbaik di Zon Utara Semenanjung Malaysia.
  3. Mewujudkan laman web untuk menyalurkan maklumat institut secara siber. Laman web PBH boleh dilayari di  http://kolejpbh.com untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai PBH.
  4. Mendapat pentauliahan dari pihak USM untuk menganjurkan program kursus Sijil Pengurusan Sistem Maklumat dan Pentadbiran Am di bawah kelolaan Usains Holdings.
  5. Para pelatih ditempatkan di organisasi swasta dan kerajaan bagi menjalani latihan industri. Ianya  bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang yang diceburi.
  6. Memenuhi keperluan dari organisasi swasta dan kerajaan untuk menganjurkan kursus intensif di bawah “Executive Training Programmer” kepada para pekerja dalam organisasi mereka.